30 December 2010

2011

aku pernah cakap kalo sampai tahun depan takde anak or tak dpt pindah, aku nak bela kucing aku tak kire muktamad!!! tapi termengandung pulak..yer secara rasminya aku dah pregnent..sebelum ni bukan aku taknak bagitahu tapi masih baru dan aku takut...paham2 jela takut ape..skrg dah 4bln stgh...masa mule2 lambat peod aku rilek lagi yerla baru lewat seminggu tapi bile dah lewat 2minggu ape lagi buat la pregnancy test...tapi hampa...ok fine mybe mmg lambat kot..pastu buncit soh buat lg sebab tak puas ati so aku beli lagi and test...tunggu punya tunggu punya tunggu kuar 2 jalur...pe lagi senyum lebar ler pastu balik kg g klinik tok confirmation...yippieee balik rumah sengih jer haha

jadi, kami mulakan tahun 2011 dengan aktiviti dating bersama [sebenarnya tak pasan pun yang tarikh nk g dating tu mlm new year] iaitu BBQ di tepi pantai..bestkan dah kawen blh BBQ berdua dalam gelap haha...tapi jgn lpe bawak sijil nikah plak..

2011 juga bakal menyambut budak bucuk tomel insyaallah hujung bln 5 atau awal bln 6...baby boy ke baby girl tu rahsia ngeh3 ape2 pun sangat eksaited + takut nak jadik ibu..eksaited sebab ade baby...takut sebab tak yakin mampu ke nak jadi ibu yang tabah lagi2 tinggal sorang...oh! sape volunteer nak babysit budak bucuk tomel saye? wahhh takut juga nak tinggalkan die ngan orang lain...

jadi, doakanlah aku dapat pindah alor setar or dapat keje len kat perlis...penat o carik kerja...huk3...ape2 pun aku harapkan 2011 adalah tahun paling bermakna & lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya...amin....

29 December 2010

mumia betik

makan betik beku sambil kipas2 mulut

pergi riadah

lusa nak pergi riadah dekat pengkalan balak sorang2 dengan buncit...first time kot plan cuti same2 sebab......[perlu sebab ke?] hohoh jadi, hari jumaat pukol 4pagi saye haruslah keluar rumah utk pickup buncit kt hentian duta...tiba2 angin rajin datang mahu buat roti hotdog...adunan roti haruslah bukan saya yang buat tapi encik gardenia...hotdog pula pakcik ramlee yang tolong buat manakala telur haruslah bukan saya sebab saya tak bertelur [yang ade telur pun tak brani bagi pinjam]...

sebenarnya nak cerita ape pun tak tahu...harap2 perjalanan lancar walaupun tak tahu jalan pergi sana...sebelum ni pun pergi tiba2 dah sampai depan chalet...oh disebabkan mak dah tanya 'tak balik kg ke?' makanya haruslah teruskan perjalanan ke pontian setelah beriadah bersama-sama...

bye!

23 December 2010

siri bercakap dengan rizal

 
 
 

best jugak cadangan nih



 

22 December 2010

makan mc d

ianya twister fries bkn curly fries tapi saye tetap nak panggil curly fries sebab ianya lebih seksi haha

20 December 2010

sayecumamahuhidupgembira

ape ni weh??? tgk eskrim terasa nak makan eskrim..tgk mee hailam nak makan jugak..tgk prosperity burger + curly fries lagi la membuak2

tolonggggg!!!!

17 December 2010

sayemahuhidupgembira part 3

dah buat sesuatu yang salah. tapi sebelum buat bos kate ok. jadi salah siapa?

kenapa aku rase nak gelak? bkn rasa cuak? kih3

16 December 2010

sayemahuhidupgembira part 2

tetiba teringat teka-teki sengal:

Apa yang lepas kita tanam, terus boleh makan?










Tanam mayat. Pas tanam balik rumah makan nasik.

sayemahuhidupgembira

kenapa ek kadang2 bile duduk sorang2 or tengah buat keje pun aku tetibe teringat perkara lepas yang menyakitkan hati. tetiba jek padahal takde kaitan pun dengan apa yang aku tengah buat masa aku teringatkan bende tu.

tolong lah. saya cuma mahu hidup gembira.

oh tak sabar menunggu perkhabaran gembira dari tanah jajahan pantai timur

15 December 2010

keh3

sedang berchatting dengan kawan lama sungguh seronok dapat mengenakan beliau sebab selalunya aku yang terkena



sila baca dari bawah ke atas


kisah semalam

semalam ada jamuan perpisahan (baca: besday puan GM) kononnya. menu utama adalah nasi minyak. menu sampingan adalah kek, bihun sup, spagethi, lasagna, cendol, kuih-muih, sirap+ais krim soda, ais krim, bubur pulut hitam, anggur & baby mandarin. disebabkan makanan terlampau banyak jenis maka strategi makan harus betul.

ada 3 orang berserta tugas masing-masing. seorang ambil kuih, seorang ambil kek, seorang ambil lasagna atau spageti+cendol. pappp letak atas meja dan cop kerusi. baru letak pinggan. aku selaku penjaga kerusi dan meja. serta handphone. tugas seterusnya ambil bihun sup 2 mangkuk. makan harus share supaya masih ada ruang di perut.setelah puas hati baru makan. nasi harus last sebab banyak lagi. cuma ais krim tak sempat diselamatkan. dah habis. ala ape de hal bukan air krim cornetto pun sampai nak nangis-nangis tak dapat makan.

kitorang antara orang terawal yang mula makan tapi kitorg jugak antara orang terakhir yang meninggalkan meja setelah menyedari suasana bertukar sunyi. sebelum naik sempat merembat semangkuk lagi bihun sup dan semangkuk baby mandarin.

pagi ni aku baru terfikir. kenapa aku tak angkat je kotak limau tu bawak naik?

demmm

13 December 2010

kau tahu tak?

apa beza selipar jamban dgn selipar rumah?


ini selipar jamban yer adik2

ini pula selipar rumah aka spanbob

disebabkan nama berbeza maka kegunaan pun berbeza sesuai dengan namanya

mana ada orang pakai selipar spanbob yg comel tu masuk jamban???? kompem la terserap bau najis kt wajah somel spanbob

akan tetapi ada pula manusia yang pakai selipar jamban dalam rumah

geli tau tak??? 

kau jalan dgn selipar tu dari dapur sampai ruang tamu 

geli la wey nak duduk atas lantai yang kau dah pijak

mmgla kau tak bawak masuk jamban tp geli sbb ianya obvious selipar jamban

segala kotoran lekat kt tapak selipar lebih menggelikan dari kotoran yang lekat kt tapak kaki

so kesimpulannya besday kau bile? meh aku belikan selipar spanbob utk ko

01 December 2010

01.12.10

dan aku mengantuk

27 November 2010

kotak dihatiku








24 November 2010

suke3

terasa aman bila kau takde kat ofis keh3

23 November 2010

bila baru balik kampung

dan bila setel semua bil, there is no mercy at all

harap maklum

22 November 2010

it's been 5 days

kronologi kehilangan kotak:

17hb11, 2010
- si kotak masih seperti biasa
- dating dengan janda belakang rumah
- tapi agak baik dengan aku which is sblm ni kalo aku tangkap die mst meronta2 nak lari

18hb11, 2010
- sebelum bertolak ke kota tinggi, kotak makan seperti biasa
- keluar joging dengan janda belakang rumah
- mlm kami pulang, si kotak dan janda masih belum pulang
- mungkin menghabiskan masa bersama anak2 tirinya

19hb11, 2010
- si kotak dan janda belakang rumah masih belum pulang
- sudah lebih 24jam kehilangan mereka dan kami berkira-kira mahu membuat police report
- sehingga malam masih belum pulang [tak buat police report pun]

20hb11, 2010
- janda belakang rumah sudah pulang akan tetapi si kotak tiada bersamanya
- mak tanya 'mana kau sembunyikan kotak?'
- janda yang ketakutan terus lari dari rumah

21hb11, 2010
- aku msg ajib tny akan kepulangan kotak tetapi jawapan yang ku terima hampa sama sekali

22hb 11, 2010
- kotak masih belum pulang
- mungkin menjadi korban orang vietnam

SBYC :: kotak, dimana jua kau berada samada kau masih hidup atau telah mati, kau tetap dalam ingatan kami sekeluarga...oh rindunya...

16 November 2010

~ perekagrafikmisteri ~

tora datang lagi!!! yeeehaaaa ok takde kaitan pun huhu saje nak mempromote sape-sape yang nak kad kahwin murah or custom made, nak bunting ke or ape-ape la yang berkaitan dengan bab2 printing ni boleh la kol nombor yang tertera dalam flyer di bawah...

klik untuk tumbesaran

:: sakit perut sebab tu sikit lebey kurang jer hehe len kali la promote lagi haha


kalau berak

sila bukak air sambil jirus supaya orang lain tak bunyi t@3k ko yang keras masuk dalam lobang jamban..



macam b@b! - aku nak mencarut sukahati aku ini blog aku tak suke tak payah bace






why on earth i am the only one who hear your shit running through the toilet hole?????? demmmmm

15 November 2010

kesabaranku diuji lagi

paling tak best bile tengah berak, cleaner nak bersihkan jamban..

paling tak best jugak bile tengah berak, orang tunggu sambil tapping..

macam barua

die ni tak paham ke?

tolong senyap sket blh x? aku pening la dengar ko memekak pepagi nih

04 November 2010

geram

kalau dah buat perubahan pada table, sila bagitahu jangan main 'ingatkan tak effect' jer

kan dah loading aku error 3hari!!! dengggg!!!!

sgt suke

sebab harini jalan clear jer haha kalo tau bek aku kuar 730 pg td


adakah selama ini yenna yg memenuhkan jlnraya atau yg len tumpang raye skali?

27 October 2010

cina-melayu-cina

cina 1 claim bile tukar kompressor ekon boleh sejuk kalah peti ais hage kompressor pulak rm4++

melayu pula kate ini kompressor jem kalo ang tukaq kompressor kompem 1sistem ekon kene cuci paling tak rm 700 [melayu ni buat aku rase nak tumbuk muke die sbb cakap kedah slang kelantan]

cina 2 kate kompressor nampak memang jem kene tukar, kite cek dulu minyak kalau hitam kene cuci semua, kalau putih lagi kasi tukar kompressor jer...[selang beberapa ketika] ok bang ini minyak putih kuning cair still ok lagi tak payah cuci cuma tukar kompressor, tambah gas, bla bla bla rm 480

[selang seminggu] perghhhh sejuk giler ekon kete gua macam peti aissssss baru bukak kipas no 1 ekon yg paling minimum...

cube teka gua pegi kt sape????

kompemla cina 2 sebab cina 1 kt segamat [flower horn pny kes keh3], melayu pulak aku laki bini dah rase nak bagi die makan pelempang

tak boleh nak kate cina buat kerja bagus tapi melayu macam haram sebab tak semua macam tu...kes flower horn pegi 2 tempat cina ekon still mcm haram, g tempat melayu [kot] baru ok kih3

takpe kite tunggu kompressor recon aku ni genap 2bln baru tau ok ke x

pasal artis pegang tangan pun nak gaduh

manusia...

22 October 2010

hari meningkatkan produktiviti

sabtu

produktiviti FB

rokok membahayakan kesihatan

sana-sini cakap pasal rokok membahayakan kesihatan

tetibe ade orang kate

'naik bas ekspress pun boleh mati'

20 October 2010

loya

bile ulang-alik subang-kelana jaya dalam masa satu jam, nasi putih daging merah sayur goreng yang baru terjah dalam perut aku ni bagaikan meronta-ronta ingin keluar


sekian

14 October 2010

aku pun tak paham!!!

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

geram gailer kat minah sorang tu aku soh tukar 1 ko tukar 2 2 pastu kate tengok dalam emel tapi bile tgk balik betul aku tulis 1 jer memandai tukar pejadahnyer????

ps2 nak kerek2 plak ckp yang die paham ps2 aku ckplah kitorang pun dah diskas mende ni tak perlu ubah 2 2 ubah 1 jer pastu dengan kereknyer kate 'sukati korang la' eh minah ni aku hempuk ngan keybod ni baru tau

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

geramnyerrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!tensen tol ngan orang camnih

11 October 2010

sungguh ku tak mampu menahan rindu ah ah!

oh ini bukan entri lucah! kepada kapal besar dan bot kecil harap maklum

arini aku sakit perut

kejap-kejap lapar

kejap-kejap nak berak

kejap-kejap nak kentut

bila terasa rindu seakan perut sakit disebabkan angin, rasa lapar pula hilang manakala rasa nak kentut pula menjelma

bila sudah kentut terasa pula nak terberak tapi bila sampai toilet tak rasa pulak nak terberak tapi lapar

sungguh ku tak mampu menahan perut oh oh!

kesimpulannya :: aku nak pegi makan

30 September 2010

chinta...

ah nanti-nanti la aku cerita sekarang mahu layan chinta dulu



bye

suatu pagi yang hening...

seperti biasa gua sampai ofis pukul 730 pagi dan gua ade masa satu jam untuk berfoya-foya...disebabkan gua berpuasa hari ini maka tiadalah sesi bersentap dengan rakus. sedang gua asyik berFB dan beromen berkomen, tiba-tiba gua kene sound dari depan...naseb baik die sound pakai helmet kalau tak gua sound die balik...sekali gua pandang muka lecturer gua masa muda-mudi dulu yang datang sound gua
















die sound gua sebab gua guna perkataan 'spender' & 'bra' dalam komen link kawan gua




















gua lancang


































::: agak-agak kalau gua guna 'pakaian dalam' gua kena sound jugak tak?

org laen boleh apasal aku tak boleh???

aku rase macam best pulak beli barang tanpa pergi kedai sebab aku jarang keluar untuk shopping...yerla aku kan tinggal sorang...baru-baru ni jer aku amik hosmate...tu pun die balik aku dah tido, aku pergi kerja die baru bangun haaaa kan best macam tu haha sekadar buat ade orang jer kat rumah..aku pun bukannya rajin sangat nak berborak...

berbalik kepada tajuk entri 'org laen boleh apasal aku tak boleh?' ni aku rase teruja pula nak buat duit lebih...yerla harga barang makin meningkat...jadi, aku bercadang untuk jual barang-barang yang simple macam household dan barang yang orang guna setiap hari cth: ubat gigi

akan tetapi aku takde supplier untuk barang-barang macam tu...jual tudung? tak payahla sebab ofismate dah jual tudung seperti abah & mama [tolong promote ni dapat komisyen tak?] hehe...supplier yang aku ada hanyalah untuk barang penjimat minyak untuk kereta bercc besar [tidak berkesan untuk myvi, kelisa & bibah sebab memang dah jimat minyak], alat penjimat bil elektrik, dan juga tuala wanita herba avail beauty...

yang pad ni aku memang pakai dan berkesan untuk menghilangkan senggugut...tapi masa mula-mula pakai period akan jadi tak betul macam kau akan period 2 kali dalam sebulan...tapi lepas tu akan okay semula dan bila kau dah tak pakai kau tetap akan tak rase sakit senggugut tu, kau paham tak ni?

pad ni jugak tiada kesan sampingan...aku pernah nampak kakak avail buat test rendam pad jenama yang dah established kat pasaran dengan pad herba die dalam 2 buah balang berisi ikan yang masih hidup...hasilnya sangat mengagumkan bila ikan bersama pad jenama yang dah established kat pasaran itu mati manakala ikan bersama pad herba masih hidup dan berenang-renang dengan riangnya...pad ini juga ada sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia [nombor sijil aku tak tau]...sebenarnya aku belum pernah pergi pun talk die apatah lagi join MLM firaun ni tapi aku bagitau sebab pengalaman aku pakai pad ni...

apa salahnya berkongsi ilmu dengan kawan-kawan kan? aku tak paksa pun kau beli sebab aku pun tak jual..kalau kau takut nak cuba, kau pakai ajelah pad jenama yang dah established kat pasaran...

jadi, kesimpulannya aku nak berniaga apa ni? any ideas? sape nak jadik supplier aku???

::: nak jual sabun basuh baju produk muslim nanti ade yang kate kulit mengelupas
::: nak jual kasut takut nanti reject sebab jahit tak betul
::: nak jual satay takut nanti kate 'sedap lagi satay kajang'
::: nak jual baju takut nanti saiz tak padan sangkut kt ****
::: kalau sume nak takut tak payah la nak bisnes

sayemahuhidupgembira ::: agak-agak kalo modal 10hengget lepas tak?

29 September 2010

renung-renungkan

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;

"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
 
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
 
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

::: copy dari email

27 September 2010

grrrrrrr

geram giler tapi macam buat tak tahu jer sape ntah yang eksaited pastu cakap orang plak kesian??? hambik ko aku beli 3 shawl jamaica total 75 hengget ko ade??? ah ape aku ngarut nih? ok fine nak amik gambar shawl kamera aku tertinggal plak kat kampung selepas sesi fotografi bersama kotak

22 September 2010

tekanan cepatlah pergi

hari ini bertambah-tambah tekanan kat kepala aku ni...senak rasanya...kala ini aku seperti mahu pulang ke kampung berhari raya dan makan masakan mak...

kamu memberikan tekanan bila semuanya mahu cepat, semuanya urgent...diselang-selikan dengan panggilan telefon dari 2 pihak...pihak menara, pihak ibusawat...

pihak menara tak tahu apa knowledge dalam programming membuatkan aku pening mahu explain

pihak ibusawat mahu aku turun untuk melihat hasil report

aku juga tertekan bila mendengar perbualan orang baru kawen 2 bulan dah ade hasil padahal sebulan sekali die jumpa husband dia...oh rezeki...

kemudian tekanan dengan orang yang tak paham bahasa tak reti berdikari & pandai-pandai nak bagi arahan [kepala bapak ko la!]

aku malas mahu menaip lebih panjang kerana ibu jari kanan aku sudah sakit tak mampu untuk menekan 'space'

oh petai

malam tadi first time nak rase petai macam mana..tak pahit tapi sampai sekarang masih terasa dalam mulut ni bau petai agak-agak puasa aku batal tak?

21 September 2010

anuar zain + ellina = suasana hari raya

tetibe rase terpanggil untuk buat entri ni...oh agak skema..maafkan saye...saye cuba lagi..

tetibe aku rase nak wat entri pasal suasana hari raya di kedah & johor mengikut pandangan ulamak & pengalaman aku...

seperti biasa, sinonimnya hari raya adalah pelbagai juadah yang disediakan iaitu ketupat-rendang-kuah lodeh-sambal goreng-ayam masak merah, nasi-impit-satay-kuah kacang, kuih raye & macam-macam lagi juadahnyer...

mak aku pulak selalunya akan buat nasi impit/ketupat nasi mampat-lembut-lembik, daging masak kicap marvellous, ayam masak merah tip-top, kari ayam high colest, kuah lodeh londeh, rendang daging phewit tapi sekarang dah jarang mak buat rendang sebab tak cukup staff hehehe...masakan mak jugalah yang aku rindukan setiap hari...

akan tetapi raya kali ini mak aku tak masak pun semua menu yang aku listkan...mungkin sebab aku tak balik beraya kot hehe akan tetapi akan aku tuntut jika pulang ke kampung nanti...oh tak sabarnya!

bila aku beraya di kedah, menunya berbeza sekali...pagi raya makan ketupat palas yang masin eh bukan manis, gulai daging, serunding ikan bilis & kuih-muih...simple giler lauk diorang tapi mewah gak ngan kuih raye...mostly buat sendiri...fuhhh

lepas sembahyang raya layan tetamu yang datang....tiada sesi makan kali ke 2 huhu agak kecewa disitu kih3...pastu dalam kol 3 barulah aku + Incik Z pergi beraya rumah abg die kat Guar Chempedak...kat sane dapatla aku makan lontong...tapi kan, still tak same dengan mak aku buat...oh maafkan saye!

kami pernah ... [kau isi la sendiri] pasal murtabak...aku kate murtabak pontian yang diusahakan oleh pak bakar dan pak hamid adalah yang terbaik di dunia...tapi, Incik Z kate murtabak yang diusahakan oleh peniaga-peniaga di utara adalah yang terbaik sekali...inilah yang dikatakan citarasa berbeza...kalau kau suka kuah-kari-telur-kentang-banyak-daging-ciput yang dibungkus dalam tepung yang ditebar kemudian digoreng atas kuali leper, mesti kau kate sedap...tapi bagi aku yang sukakan perfection dalam sesuatu makanan, aku akan kate murtabak pontian yang diusahakan oleh pak bakar dan pak hamid adalah yang terbaik di dunia...

 ni la murtabak pak hamid...gambar ni aku amik tanpa pengetahuan pemilik blog munamuni...ala apedehal kte kan sedare ye dok?

ade lagi perbezaan suasana raya tapi nanti la update...daa

hik hik hik

sila rujuk entri ini: ops terlebih sudah!

saye suke sebab pagi tadi mesin penimbang telah menunjukkan angka yang agak membanggakan hanya dengan kenaikan 1kg menjadikan total weight loss adalah 5kg dan berat badan masih di dalam lingkungan ideal


hik hik hik <-- oh gediknya!

20 September 2010

diskriminasi terhadap hari isnin






19 September 2010

tahniah!

kepada diri sendiri sebab ade kepala blog yang baru...takde la macam harun sangat kan?

manusia prenormal

dulu aku pernah berkata begini:



kemudian bile dah dapat housemate...


oh tolonglah ikhlas...harap-harap dia setuju dengan syarat-syarat yang bakal aku kenekan:

1) mandi 3kali sehari
2) basuh baju setiap hari
3) tiada barang yang bersepah di mana-mana bahagian dalam rumah
4) lepas masak terus basuh peralatan yang digunakan & lap dapur
5) sapu rumah walaupun takde sampah atau habuk
6) dilarang menyimpan baki makanan

senang je kan? ok aku sangat particular sebab ini rumah aku sewa aku ketua haha gile pangkat...agak-agak die setuju tak? kena ada perjanjian bertulis berserta duti setem tak? kalau langgar syarat harus membayar 50rgt setiap satu kesalahan ok tak?

Raye 2010

muke tak iklas hahaha

tengok mesin padi

burok giler muke macam ikan siakap

bdk2 kejar mesin padi sbb nak tgkp ikan

jutawan irfan

sejuk mata memandang

bdk nakal

ehem ehem

anak abah

betul-betul suasana raya

verangan!



ops terlebih sudah!

ok sekarang aku dah tak boleh nak berlagak dengan penurunan berat badan sebanyak 6kg masa bulan puasa yang lepas sebab dengan kehadiran bulan Syawal nafsu makan terkinja-kinja macam nak terkencing pulak...tak rase lapar pon boleh melantak lagi ala apedehal kate raye

18 September 2010

mmg true!

masuk gadis melayu boleh salam tanpa lapik dengan org lelaki bukan muhrim mmg true

bilik sewa?

huhu disini aku nak iklankan bilik/rumah utk disewa...ah sukati aku la ni kan blog aku..ok detail spt dibawah:


Pangsapuri Cendana, Jln Metafasa U16/3, Tmn Bkt Subang, Seksyen U16, Shah Alam

konsep kongsi rumah, bukan sewa mengikut bilik

1) wanita muslim, kemas & pembersih
2) apartment 3 bilik
3) ada kabinet dapur + mesin basuh
4) security guard
5) 20 min ke shah alam, 15min ke kota damansara
6) deposit 2bln + sewa + api air = (220*2)+ (220) + (100) = 760

maklumat lanjut sila hubungi(call sahaja): 0196673186
atau email: virgurl_3186@yahoo.com

Terima Kasih

 
bersih tak rumah mak???
 
waaaahhhhh meriah dengan makanan gitew mane la mak ni tak gajah noks!

 
lampu tido verangan gaya eropah gitew

haaaa ni la bilik utk anak ikan...vaaaassss gitew ahaks!

u'ollsss akak nih tengah dintissss bangat malam2 pun takot tido sorg2 kalo ade teman boleh la akak buat bantal peluk...haaaa harem ke tidak???



ZXMS :: semua dialog diatas adalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia...errr tapi iklan ni betul-betul bukan cobaan...





09 September 2010

alhamdulillah..

salam...


alhamdulillah hari ini genap sebulan sudah kita semua umat Islam berpuasa di bulam Ramadhan...dan selama beberapa jam lagi kita akan menyambut ketibaan Syawal 1431H...sedih rasanya meninggalkan bulan puasa...tapi  ini bukanlah bermakna aku tak sudi untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri

pada tahun ini aku akan menyambut raya di kampung Incik Z...harap-harap semuanya berjalan lancar dan tak kecundang di pagi hari sob3...

ok tak mahu membuang masa, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Incik Z, mak ayah, kakak, adik-adik, kawan-kawan, ipar-ipar & semua umat Islam di seluruh dunia...semoga dengan ketibaan Syawal lagi beberapa jam ini memberikan seribu erti & keberkatan...

ampun & maaf dipinta andai terkasar bahasa, terlanjur kata, terburuk perlakuan, teremo tak tentu pasal, tercirit, terkentut dan banyak ter lagi lah harap-harap dimaafkan...sesungguhnya aku ini manusia tak lari dari kesilapan.....

ok lah bagi yang memandu, berhati-hatilah dijalanraya...

bye!


06 September 2010

ceh!

sebelum ni kemain lagi tak bagi makan KFC tapi semenjak ade sindrom malas makan nasik siap bagitahu 'KFC kan ade set nasik'

saje je nak pancing kan? papepun i lap u lah!

hik3 [gedik mode]

berjaya turunkan 6kg

kuih dah dpt

xsbr nak balik raye

05 September 2010

3 in 1 [macam nescafe]

salam...

lama sungguh tak update blog...errrr ade nampak labah-labah tak? ok sebenarnya takde ape yang menarik cuma nak kongsi cerita sepanjang aku tak update blog...

pertama kali sambut puasa, sahur, buka sebagai status isteri & secara perseorangan & berjemaah

pertama kali sambut besday + hari merdeka dengan suami disisi...takde ape yang special sebab masing-masing penat baru balik kampung

pertama kali raya bersama suami...oh! sambil dengar lagu raya...raya kali ini sungguh berbeza kerana sambut di kampung suami...oh! suasana haruslah berbeza disebabkan berbeza negeri...lain negeri lain caranya...tiada nasi impit/ketupat nasi-kuah kacang-ayam masak merah-daging kicap-rendang daging-sayur lodeh kesukaan aku...yang ada ketupat palas-serunding ikan-kuih raye-dodol-ape ntah lagi...oh! aku harap kepulangan aku masa raya haji nanti disambut dengan semua makanan itu...

maafkan saye kerana masih belum dapat menerima suasana yang lain...oh! tunggulah update [kalau ada] dipagi raya...

19 August 2010

itu janji...

Sinar cinta ku hanya satu
Untuk dirimu oh sayangku
Demi kesetiaan cintamu kepada ku

Tiada dua dalam cinta
Tiada dusta yang tercipta
Hanya dirimu yang ku rindu sayangku

Ku telah berjanji
Ku takkan mengkhianati
Cinta yang bersemi
Hingga akhir hayat ini
Itu janji

Wajah mengukir rahsia hati
Senyumanmu manis berseri
Indah cahaya sang rambulan
Cinta sucimu kau dendangkan

Keagungan cintamu
Ku lemas dalam rindu
Keteguhan cintamu
Ku pasti kau milik ku
Sayang ku...

ketika cinta...

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa telah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu kalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil....

sesungguhnya...

aku sayang padamu
aku rindu padamu
aku inginkanmu
aku perlukanmu

hidup ini tak lengkap tanpamu
hidup ini sunyi tanpamu
hidup ini kosong tanpamu
hidup ini terbiar tanpamu

sesungguhnya engkaulah Tuhan ku Ya Allah
sesungguhnya engkaulah kekasih Allah Ya Rasulullah
sesungguhnya engkaulah kesayanganku mak & ayah
sesungguhnya engkaulah suamiku Mohd Zulkifle bin Salleh

13 August 2010

manusia tak pernah puas

setiap nikmat yang diberikan Allah SWT kita haruslah bersyukur...akan tetapi sesetengah manusia [termasuk aku juga] bersyukur tapi tak pernah puas dengan nikmat yang diberi...contohnya bile tengok orang lain ade kekasih, kite pun sibuk nak ade kekasih, bile dah ade kekasih pula yang pakwe tak boleh tahan sampai 'telur senak air naik ke kepala melimpah keluar dari telinga' [kata hamka] tanya pula bile nak kawen, bila Allah SWT beri nikmat berkahwin tanya pula bile nak ade anak dan seterusnya...

tapi bukankah itu tujuannya untuk mengelakkan dosa berzina dan penyambung zuriat? yer memang betul tapi sesetengah manusia [termasuk aku juga] tak sedar yang dia dah buat sesuatu yang menjadikan dia tak pernah puas...contohnya: aku ni dah lame kawen tapi belum ade anak...

cukuplah cakap macam tu...nampak tak yang dia tengah merungut tak dikurniakan anak sedangkan dah lama kawen? manusia tak pernah puas...oh! ape yang aku mengarutkan ni? hoho memang kita manusia selalu inginkan sesuatu lagi dan lagi...sama juga dengan perkerjaan...bos dah bahagi kerja masing-masing tapi sibuk merungut tak ada kerja, bila nak bagi kerja lain padahal kerja yang ada pun tak siap lagi oh! [aku la tu]

12 August 2010

saye hari ini

hari ini tiba-tiba datang mood nak masak yerla ape taknyer semalam takde mood nak masak jadi berbuka hanya minum air coklat MOSHA (ini bukan promote, kalau berbayar baru promote), jemput-jemput ikan bilis dan sebiji kurma...waahhhh hasilnya sangat menakjubkan sebab lapar ditengah malam...

bila lapar haruslah tidur sebab pukul 5 pagi kene bangun untuk sahur (pukul 450 Incik Z dah call suruh bangun sahur)...maka disebabkan lapar dan tidak makan nasi sewaktu berbuka saye dah habiskan nasi yang saye masak sebanyak setengah gelas...sebelum ini hanya makan suku jer hebat tak???

ok berbalik kepada mood memasak. baru dapat email pasal kuih dan salah satunya adalah kuih buah melak maka saye pun carilah resipi kuih buah melaka


haaaa menarik tak? siap warna-warni hehe sedang mencari resipi buah melaka, terselit juga resipi sosej roll with bread crumb



perghhhhh nampak sedap! maka selera hari ini adalah berasaskan sosej! disebabkan saye bersendirian dirumah dan sepeket sosej ada 10 batang adalah mustahil & bahaya jika saye makan kesemuanya dalam 1 hari...oleh itu, (gempak tak ayat penyambung saye?) ade 2 resipi sosej yang saye nak buat hari ini iaitu sosej roll & sambal sosej...


 ok aku pun tak nampak mane sosej anggap jela sedap (tapi ini macam masak kicap hentam jela)

tujuan masak sambal sosej adalah supaya boleh bertahan lama sehingga sahur & berbuka keesokan harinya...saye bukanlah macam sesetengah orang yang tidak boleh makan lauk semalam (sebab tu la badan sihat sume balun hahaha)...

ok petang nanti adalah sesi mencuba! kalau sedap, nanti saye share la...tapi share cerita kat blog je la kalau nak makan sila datang rumah..

dtsl: hari ahad mahu masak paprik untuk tetamu hehe

11 August 2010

1 Ramadhan 1431H

pertama kali menyambut ramadhan seorang diri dan bergelar isteri...masih cuba bertahan untuk tidak merembeskan cecair sensitif dicelahan biji mata...

setakat ini masih belum tewas

kegembiraan haruslah dikongsi bersama

hapdet:
arini ari khamis

saya gembira sebab harini hari rabu

10 August 2010

bile dah kawen ni.....

bile dah kawen ni haruslah dipantau selalu aktiviti sang isteri memandangkan tinggal berjauhan dengan sang suami, hanya talipon aje lah medium yang digunakan untuk dipantau

tapi tak lupa juga untuk dipantau pergerakan baby mukabuku

semalam sang suami berkata 'dah lame la tak pantau blog u'

ok blog juga dipantau rupanya

haha aku seronok sebab ade orang ambil berat (bace: kuat jeles) kih3

sang isteri dah tak sentap lagi sebab esok dah nak puasa dan sang suami akan berada di sisi selama 6 hari untuk berpuasa, bersahur, berbuka berjimak bersama

sang isteri juga gembira kerana tiket bas untuk ke mari juga telah dibeli (ceh baru beli tiket belum naik bas)

dtsl : cik KT kate 'KS ni kalo tak 18sx tak sah'
dtsl2: ala ape de hal kene la berlagak (apa kaitan?)
dtsl3: hari ini hari selasa esok hari rabu lusa hari khamis tulat hari jumaat
dtsl4: sebenarnya nak cakap hampir terlupa bagaimana wajah sang suami tapi dalam kereta tadi masa odw balik rumah baru terbayang wajah sang suami di fikiran
dtsl5: tetibe teringat wajah sang ayah yang berkata 'mata kau dah macam musang ke bawak kereta malam2 tak bukak lampu?'
dtsl6: eh banyak pulak nota-kaki-berbulu baik buat 1 entri baru eh tak pun 2 ah apa-apa jelah

pakcik lucah

aku kecewa

bile aku kecewa aku nak balik awal

aku nak masak untuk makan malam

macam ramai je kat rumah

eh macam la tiap hari aku balik lewat

kecik ati

bos tak tahu aku dah takde kerja

bos tak pernah bagi aku kerja yang susah

bukan aku nak berlagak

tapi kecik ati

yer aku takde kebolehan langsung

masih ditakuk lama

kecewa

06 August 2010

tipu

tetibe gua rase gua punya kepala blog macam harun

sori gua dah tipu gua xnk sumpah ari jumaat

Ramadhan 1431H

salam....

dihari Jumaat yang mulia ini saye tak mahu menyumpah2 & stress2 [sbb bos takde gi meting hehe]...kali ini saye nak tulis pasal bulan puase yang bakal kite sambut insyaallah pada 11 Ogos hari Rabu nanti...alhamdulillah kite masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini...semoga segala amalan diterima Allah SWT & semoga ramadhan kali ini memberi lebih erti kepada diri sendiri...

bulan lepas lagi dah plan cuti sepanjang bulan puasa almaklumlah duduk berjauhan dengan suami [tetibe skema]...kalau ikutkan perancangan, minggu pertama saye akan balik ke Perlis untuk berpuasa dengan suami tapi terpaksa dicancel sebab Incik Z dan 2 orang kawan sekerja terpaksa turun ke S.Alam untuk enhance projek diorang yang dah menang entah brape kali dah [ala....nak daging black paper stadium kangar!!!]...tujuan nak enhance tu sebab kene bertanding kat Labuan pulak pada bulan 10 nanti...

makanya selama 6hari saye 'terpaksa' masak lauk lebih untuk tetamu yang akan menumpang di rumah nanti...dan juga rajin kemas rumah...tapi segan lah rumah saye xde tv mesti diorang boring huhu...xperla sebenarnyer saye hepi sebab dapat lame sket berpuase dgn Incik Z ~ <3 wink wink <3 ~

04 August 2010

diraba-raba berdiri bulu romaku

bile dah bese dok jauh ni kalo laki aku ade keje jauh-jauh pon aku dah tak heran...bln 10 ni pegi labuan pulak...adoyai niat dihati nak ikot tapi apakan daya bilangan baki cuti aku tak mengizinkan...cukop2 utk pose, raye & sepupu yang berkahwin hujung tahun ni...xpela asalkan ade buah tangan hehe itu aku sangat pasti! hahaha ok burok benor aku gelak besar spt gmbr dibawah:


eh mane ade gambar kat laptop kt rumah haha kene tipu!

tajuk entri xde kaitan pon dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia

29 July 2010

dulu

dulu mase mule-mule susah-susah nak paham muke kami la yang stay smpai tengah malam kat ofis nak siapkan keje sebab boleh access server lepas pukul 630ptg...

mase mule-mule dapat projek ni time kenduri aku kat Kedah muke ni la yang pegi rumah kak siti nak access internet buat keje malam-malam...

lepas tu tergendala sebab orang sane kate tunggu dulu

sekarang bile dah dapat staging server yang kau curik dari orang laen kau bagi anak kau handle...

kami yang mula-mula stay sampai tengah malam sampai betri kete aku kong sampai orang sane anta kitorg balik rumah mane perginya semua usaha tu?

apa hasilnya?

sekarang kau boleh bergelak ketawa

tak mustahil satu hari nanti orang akan gelakkan kau

kecoh ar lu!

tiap-tiap hari bekerja takde pon yang menggembirakan hati kau bukan manager aku pon yang kau nak berlagak lebey tu apehal???? kau yang dapat email tak bace pastu nak kerek lak nak marah aku data takde ko pehal???? nk menopos ke dah bobos????

28 July 2010

lalala

stress arini...terasa nak maki-maki semua orang

eh bukan ke tiap-tiap hari aku stress?

eh!

eh suka hati aku lah nak pergi mane pun

eh suka hati aku lah nk buat ape pun

eh kau bukan laki aku jauh sekali bau bacang

eh ade aku kesah hal kau

eh kau tak payah bz bodi

eh aku tau jage diri

eh kau tak payah risaukan aku

eh kau jage spender ko sudah

27 July 2010

setiap penantian harus berakhir

sampai bila perlu aku tunggu
sampai bila perlu aku berharap
sampai bila perlu aku berhajat
sampai bila perlu aku bersabar

aku tidak menyalahkan takdir
aku tidak pernah menyesal
aku tidak akan mengalah
aku tidak putus berdoa

cuma hati aku kecewa
cuma perasaan aku sedih
cuma naluri aku tersentuh
cuma nasib aku berbeza

peneman hari ku harapan
peneman malam ku doa
peneman hati ku engkau
peneman tidurku tangisan

terima kasih teman
terima kasih saudara
terima kasih sayang
terima kasih Ya Rabb

kerana memberiku semangat
kerana memberiku kekuatan
kerana memberiku kasih-sayang
kerana memberiku peluang untuk hidup di bumi Mu

aku insan lemah
aku manusia biasa
aku isteri untuk suamiku
aku hamba-Mu

cis!

baru nak berlagak dengan blog yang cepat loading tapi arini die buat hal pulak

connection slow kot

masih lagi nk berlagak

26 July 2010

sebenarnya aku rindu...

sebenarnya boring...dah magrib tapi  tak mandi lg...br pas mkn tak ley mandi nnt perut buncit...erm...dah balik rumah...sunyi...

sebenarnya kalo bole taknak tulis yg cdey2...tp takkn la nk pendam...nnt lg skt kan?

sebenarnya aku rindu...

copot-copot pon berakhir dengan peristiwa berdarah 26 July 2010

23 July 2010

ape yang cuba disampaikan?

aritu aku ade post kt wall fb psl pompuan kurus lebih kolesterol dari pompuan gemok ps2 ade sorg minah ni mcm xpuas ati yerla sbb die kurus actually bkn la semua tp most of thin people...kes yg aku ckp tu mmg btol sbb aku knl la org tu die yang cter kt aku sndiri...dengan rs rendah diri aku ckp aku ni gemok yang kolesterol sbb prtghan thn lpas aku ade cek darah n LDL aku tinggi sket tapi bkn paras bahaya n aku pon dah wat macam2 gak tp skrg blom g cek lg...

esoknyer aku dapat emel dr bdk yang xpuas ati tu die bg link ke 1 website...dahla bg link jer xckp pape pon...kt website tu ade senarai ubat dan harge skali kire bli ubat secara online la...ps2 aku pon terpikir nape die bg aku link ni? tetibe terigt akan post kt fb tu...

ape yang cuba disampaikan sebenarnye? nk soh aku bli ubat turunkan kolesterol ke? ok nnt aku g cek kolesterol aku

22 July 2010

100

hepi besday!

bkn sebab dah ckop setahun

tapi sebab ini post yg keseratus [tidak termasuk draft tak publish]

xde ape yg menarik

kek pon xde

[sebenarnya nk meraikan post ke 99 tp dah digantikan dgn seakan copot-copot jantungku]

seakan copot-copot jantungku

bln lpas atau 2bln yg lpas spupu aku pn surya mimpi aku pregnant

minggu lps husband aku mimpi aku pregnant

harini kwn aku bgtau die mimpi aku pregnant

seram la pulak

seakan copot-copot jantungku menunggu hujung bulan ni

bkn tunggu gaji la

21 July 2010

hik hik hik

saye suke harini sebab masalah dengan vendor hampir selesai

en burn saye nk merit ini tahun

hahahahaaa boleh ke?

20 July 2010

oh!













ok ckop2 la tu...saye harap awak semua masih siuman bile melihat gambar di atas