tetibe rase terpanggil untuk buat entri ni...oh agak skema..maafkan saye...saye cuba lagi..
tetibe aku rase nak wat entri pasal suasana hari raya di kedah & johor mengikut pandangan ulamak & pengalaman aku...
seperti biasa, sinonimnya hari raya adalah pelbagai juadah yang disediakan iaitu ketupat-rendang-kuah lodeh-sambal goreng-ayam masak merah, nasi-impit-satay-kuah kacang, kuih raye & macam-macam lagi juadahnyer...
mak aku pulak selalunya akan buat nasi impit/ketupat nasi mampat-lembut-lembik, daging masak kicap marvellous, ayam masak merah tip-top, kari ayam high colest, kuah lodeh londeh, rendang daging phewit tapi sekarang dah jarang mak buat rendang sebab tak cukup staff hehehe...masakan mak jugalah yang aku rindukan setiap hari...
akan tetapi raya kali ini mak aku tak masak pun semua menu yang aku listkan...mungkin sebab aku tak balik beraya kot hehe akan tetapi akan aku tuntut jika pulang ke kampung nanti...oh tak sabarnya!
bila aku beraya di kedah, menunya berbeza sekali...pagi raya makan ketupat palas yang masin eh bukan manis, gulai daging, serunding ikan bilis & kuih-muih...simple giler lauk diorang tapi mewah gak ngan kuih raye...mostly buat sendiri...fuhhh
lepas sembahyang raya layan tetamu yang datang....tiada sesi makan kali ke 2 huhu agak kecewa disitu kih3...pastu dalam kol 3 barulah aku + Incik Z pergi beraya rumah abg die kat Guar Chempedak...kat sane dapatla aku makan lontong...tapi kan, still tak same dengan mak aku buat...oh maafkan saye!
kami pernah ... [kau isi la sendiri] pasal murtabak...aku kate murtabak pontian yang diusahakan oleh pak bakar dan pak hamid adalah yang terbaik di dunia...tapi, Incik Z kate murtabak yang diusahakan oleh peniaga-peniaga di utara adalah yang terbaik sekali...inilah yang dikatakan citarasa berbeza...kalau kau suka kuah-kari-telur-kentang-banyak-daging-ciput yang dibungkus dalam tepung yang ditebar kemudian digoreng atas kuali leper, mesti kau kate sedap...tapi bagi aku yang sukakan perfection dalam sesuatu makanan, aku akan kate murtabak pontian yang diusahakan oleh pak bakar dan pak hamid adalah yang terbaik di dunia...
2 months ago
5 kanak-kanak berdangdut:
kita sedara....haha...minta maaf zahir batin (ko x bg lag aku duit raya :P)
ko dah expired kui3
fulamak....nk rasa gak la murtabak pontian ni...kecor ni...haha
haha rupe dah mcm lasagna pon ade kui3
oit aku lapaaaaa~~~~~~
Post a Comment