30 September 2010

org laen boleh apasal aku tak boleh???

aku rase macam best pulak beli barang tanpa pergi kedai sebab aku jarang keluar untuk shopping...yerla aku kan tinggal sorang...baru-baru ni jer aku amik hosmate...tu pun die balik aku dah tido, aku pergi kerja die baru bangun haaaa kan best macam tu haha sekadar buat ade orang jer kat rumah..aku pun bukannya rajin sangat nak berborak...

berbalik kepada tajuk entri 'org laen boleh apasal aku tak boleh?' ni aku rase teruja pula nak buat duit lebih...yerla harga barang makin meningkat...jadi, aku bercadang untuk jual barang-barang yang simple macam household dan barang yang orang guna setiap hari cth: ubat gigi

akan tetapi aku takde supplier untuk barang-barang macam tu...jual tudung? tak payahla sebab ofismate dah jual tudung seperti abah & mama [tolong promote ni dapat komisyen tak?] hehe...supplier yang aku ada hanyalah untuk barang penjimat minyak untuk kereta bercc besar [tidak berkesan untuk myvi, kelisa & bibah sebab memang dah jimat minyak], alat penjimat bil elektrik, dan juga tuala wanita herba avail beauty...

yang pad ni aku memang pakai dan berkesan untuk menghilangkan senggugut...tapi masa mula-mula pakai period akan jadi tak betul macam kau akan period 2 kali dalam sebulan...tapi lepas tu akan okay semula dan bila kau dah tak pakai kau tetap akan tak rase sakit senggugut tu, kau paham tak ni?

pad ni jugak tiada kesan sampingan...aku pernah nampak kakak avail buat test rendam pad jenama yang dah established kat pasaran dengan pad herba die dalam 2 buah balang berisi ikan yang masih hidup...hasilnya sangat mengagumkan bila ikan bersama pad jenama yang dah established kat pasaran itu mati manakala ikan bersama pad herba masih hidup dan berenang-renang dengan riangnya...pad ini juga ada sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia [nombor sijil aku tak tau]...sebenarnya aku belum pernah pergi pun talk die apatah lagi join MLM firaun ni tapi aku bagitau sebab pengalaman aku pakai pad ni...

apa salahnya berkongsi ilmu dengan kawan-kawan kan? aku tak paksa pun kau beli sebab aku pun tak jual..kalau kau takut nak cuba, kau pakai ajelah pad jenama yang dah established kat pasaran...

jadi, kesimpulannya aku nak berniaga apa ni? any ideas? sape nak jadik supplier aku???

::: nak jual sabun basuh baju produk muslim nanti ade yang kate kulit mengelupas
::: nak jual kasut takut nanti reject sebab jahit tak betul
::: nak jual satay takut nanti kate 'sedap lagi satay kajang'
::: nak jual baju takut nanti saiz tak padan sangkut kt ****
::: kalau sume nak takut tak payah la nak bisnes

sayemahuhidupgembira ::: agak-agak kalo modal 10hengget lepas tak?

6 kanak-kanak berdangdut:

mohdmunzir said...

pewwittt.. kalau jual tudung aku dapat komisen lah sket.. haha

hEarTLeSs said...

ala kene jual ke hahahaaaa boleh2 bg kat aku n aku tampal kt blog

amy said...

kalau ko join ikan keli nie,stiap 3 bln duit masuk..xyah jual2..amacam?..

K.A.T.H.Y said...

apa kata "jual diri"...
satu malam je dah brapa kan??
kalau 3,4 malam???

errrrkkkk!!!!!
larikkkkk!!!!!!!!!!!!!
hahahah

hEarTLeSs said...

amy - kalo modal 10 hengget lepas tak?

KT - shengallllllll

haLyZaQiut said...

jual kuih r ziha...kat lobi bawah...tp modal rm10 x lepas laa...hehehe...