sampai bila perlu aku tunggu
sampai bila perlu aku berharap
sampai bila perlu aku berhajat
sampai bila perlu aku bersabar
aku tidak menyalahkan takdir
aku tidak pernah menyesal
aku tidak akan mengalah
aku tidak putus berdoa
cuma hati aku kecewa
cuma perasaan aku sedih
cuma naluri aku tersentuh
cuma nasib aku berbeza
peneman hari ku harapan
peneman malam ku doa
peneman hati ku engkau
peneman tidurku tangisan
terima kasih teman
terima kasih saudara
terima kasih sayang
terima kasih Ya Rabb
kerana memberiku semangat
kerana memberiku kekuatan
kerana memberiku kasih-sayang
kerana memberiku peluang untuk hidup di bumi Mu
aku insan lemah
aku manusia biasa
aku isteri untuk suamiku
aku hamba-Mu
2 months ago
6 kanak-kanak berdangdut:
ko kene jadi jemputan wanita hari ini....lah...best r sajak ko
sengal aku tgh bersedih ni tetibe bersajak plak haha...ntah la wey lately aku bercerita melalui sajak plak huhu ade bakat rupenyer aku ni muahaha ok sila muntah hijau
haha. lepas dapat jemputan wanta hari ini, ko buat plak macam konsert untuk sajak ko. jual tiket kat orang. haha.
p/s: walaupun aku tau 'orang cakap memang senang, tapi aku yang rasa', tapi aku nak cakap jugak, jangan sedih sangat ok ;P
hoho betapa kecewanyer aku post kosong kt SP bkn a.star...yer aku akan menggembirakan diri aku wiken ni dgn bergedik pantai ngeh3
oh ye ke. SP tu jauh ke ngan perlis. haha. sorry geography untuk kedah aku fail. kalau johor, sabah, selangor aku boleh jawab dengan tenang.
kalau pindah SP ok jugak. dekat sikit nak balik jumpa zul. hehe. opinion je. aku tak tau ape pro and cons nye.
hoho jauh gak la SP tu dah dkt ngn sempadan penang...aloq staq-kgr jer dah 45km
Post a Comment