15 December 2010

kisah semalam

semalam ada jamuan perpisahan (baca: besday puan GM) kononnya. menu utama adalah nasi minyak. menu sampingan adalah kek, bihun sup, spagethi, lasagna, cendol, kuih-muih, sirap+ais krim soda, ais krim, bubur pulut hitam, anggur & baby mandarin. disebabkan makanan terlampau banyak jenis maka strategi makan harus betul.

ada 3 orang berserta tugas masing-masing. seorang ambil kuih, seorang ambil kek, seorang ambil lasagna atau spageti+cendol. pappp letak atas meja dan cop kerusi. baru letak pinggan. aku selaku penjaga kerusi dan meja. serta handphone. tugas seterusnya ambil bihun sup 2 mangkuk. makan harus share supaya masih ada ruang di perut.setelah puas hati baru makan. nasi harus last sebab banyak lagi. cuma ais krim tak sempat diselamatkan. dah habis. ala ape de hal bukan air krim cornetto pun sampai nak nangis-nangis tak dapat makan.

kitorang antara orang terawal yang mula makan tapi kitorg jugak antara orang terakhir yang meninggalkan meja setelah menyedari suasana bertukar sunyi. sebelum naik sempat merembat semangkuk lagi bihun sup dan semangkuk baby mandarin.

pagi ni aku baru terfikir. kenapa aku tak angkat je kotak limau tu bawak naik?

demmm

2 kanak-kanak berdangdut:

Fathiha Zainal said...

Tu la kak ziha.. Klu bwk nek kotak limau tu, leh pass kt cni cket. Keh3!

hEarTLeSs said...

ha btol3 kih3