30 December 2010

2011

aku pernah cakap kalo sampai tahun depan takde anak or tak dpt pindah, aku nak bela kucing aku tak kire muktamad!!! tapi termengandung pulak..yer secara rasminya aku dah pregnent..sebelum ni bukan aku taknak bagitahu tapi masih baru dan aku takut...paham2 jela takut ape..skrg dah 4bln stgh...masa mule2 lambat peod aku rilek lagi yerla baru lewat seminggu tapi bile dah lewat 2minggu ape lagi buat la pregnancy test...tapi hampa...ok fine mybe mmg lambat kot..pastu buncit soh buat lg sebab tak puas ati so aku beli lagi and test...tunggu punya tunggu punya tunggu kuar 2 jalur...pe lagi senyum lebar ler pastu balik kg g klinik tok confirmation...yippieee balik rumah sengih jer haha

jadi, kami mulakan tahun 2011 dengan aktiviti dating bersama [sebenarnya tak pasan pun yang tarikh nk g dating tu mlm new year] iaitu BBQ di tepi pantai..bestkan dah kawen blh BBQ berdua dalam gelap haha...tapi jgn lpe bawak sijil nikah plak..

2011 juga bakal menyambut budak bucuk tomel insyaallah hujung bln 5 atau awal bln 6...baby boy ke baby girl tu rahsia ngeh3 ape2 pun sangat eksaited + takut nak jadik ibu..eksaited sebab ade baby...takut sebab tak yakin mampu ke nak jadi ibu yang tabah lagi2 tinggal sorang...oh! sape volunteer nak babysit budak bucuk tomel saye? wahhh takut juga nak tinggalkan die ngan orang lain...

jadi, doakanlah aku dapat pindah alor setar or dapat keje len kat perlis...penat o carik kerja...huk3...ape2 pun aku harapkan 2011 adalah tahun paling bermakna & lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya...amin....

29 December 2010

mumia betik

makan betik beku sambil kipas2 mulut

pergi riadah

lusa nak pergi riadah dekat pengkalan balak sorang2 dengan buncit...first time kot plan cuti same2 sebab......[perlu sebab ke?] hohoh jadi, hari jumaat pukol 4pagi saye haruslah keluar rumah utk pickup buncit kt hentian duta...tiba2 angin rajin datang mahu buat roti hotdog...adunan roti haruslah bukan saya yang buat tapi encik gardenia...hotdog pula pakcik ramlee yang tolong buat manakala telur haruslah bukan saya sebab saya tak bertelur [yang ade telur pun tak brani bagi pinjam]...

sebenarnya nak cerita ape pun tak tahu...harap2 perjalanan lancar walaupun tak tahu jalan pergi sana...sebelum ni pun pergi tiba2 dah sampai depan chalet...oh disebabkan mak dah tanya 'tak balik kg ke?' makanya haruslah teruskan perjalanan ke pontian setelah beriadah bersama-sama...

bye!

23 December 2010

siri bercakap dengan rizal

 
 
 

best jugak cadangan nih



 

22 December 2010

makan mc d

ianya twister fries bkn curly fries tapi saye tetap nak panggil curly fries sebab ianya lebih seksi haha

20 December 2010

sayecumamahuhidupgembira

ape ni weh??? tgk eskrim terasa nak makan eskrim..tgk mee hailam nak makan jugak..tgk prosperity burger + curly fries lagi la membuak2

tolonggggg!!!!

17 December 2010

sayemahuhidupgembira part 3

dah buat sesuatu yang salah. tapi sebelum buat bos kate ok. jadi salah siapa?

kenapa aku rase nak gelak? bkn rasa cuak? kih3

16 December 2010

sayemahuhidupgembira part 2

tetiba teringat teka-teki sengal:

Apa yang lepas kita tanam, terus boleh makan?










Tanam mayat. Pas tanam balik rumah makan nasik.

sayemahuhidupgembira

kenapa ek kadang2 bile duduk sorang2 or tengah buat keje pun aku tetibe teringat perkara lepas yang menyakitkan hati. tetiba jek padahal takde kaitan pun dengan apa yang aku tengah buat masa aku teringatkan bende tu.

tolong lah. saya cuma mahu hidup gembira.

oh tak sabar menunggu perkhabaran gembira dari tanah jajahan pantai timur

15 December 2010

keh3

sedang berchatting dengan kawan lama sungguh seronok dapat mengenakan beliau sebab selalunya aku yang terkena



sila baca dari bawah ke atas


kisah semalam

semalam ada jamuan perpisahan (baca: besday puan GM) kononnya. menu utama adalah nasi minyak. menu sampingan adalah kek, bihun sup, spagethi, lasagna, cendol, kuih-muih, sirap+ais krim soda, ais krim, bubur pulut hitam, anggur & baby mandarin. disebabkan makanan terlampau banyak jenis maka strategi makan harus betul.

ada 3 orang berserta tugas masing-masing. seorang ambil kuih, seorang ambil kek, seorang ambil lasagna atau spageti+cendol. pappp letak atas meja dan cop kerusi. baru letak pinggan. aku selaku penjaga kerusi dan meja. serta handphone. tugas seterusnya ambil bihun sup 2 mangkuk. makan harus share supaya masih ada ruang di perut.setelah puas hati baru makan. nasi harus last sebab banyak lagi. cuma ais krim tak sempat diselamatkan. dah habis. ala ape de hal bukan air krim cornetto pun sampai nak nangis-nangis tak dapat makan.

kitorang antara orang terawal yang mula makan tapi kitorg jugak antara orang terakhir yang meninggalkan meja setelah menyedari suasana bertukar sunyi. sebelum naik sempat merembat semangkuk lagi bihun sup dan semangkuk baby mandarin.

pagi ni aku baru terfikir. kenapa aku tak angkat je kotak limau tu bawak naik?

demmm

13 December 2010

kau tahu tak?

apa beza selipar jamban dgn selipar rumah?


ini selipar jamban yer adik2

ini pula selipar rumah aka spanbob

disebabkan nama berbeza maka kegunaan pun berbeza sesuai dengan namanya

mana ada orang pakai selipar spanbob yg comel tu masuk jamban???? kompem la terserap bau najis kt wajah somel spanbob

akan tetapi ada pula manusia yang pakai selipar jamban dalam rumah

geli tau tak??? 

kau jalan dgn selipar tu dari dapur sampai ruang tamu 

geli la wey nak duduk atas lantai yang kau dah pijak

mmgla kau tak bawak masuk jamban tp geli sbb ianya obvious selipar jamban

segala kotoran lekat kt tapak selipar lebih menggelikan dari kotoran yang lekat kt tapak kaki

so kesimpulannya besday kau bile? meh aku belikan selipar spanbob utk ko

01 December 2010

01.12.10

dan aku mengantuk