30 September 2010

chinta...

ah nanti-nanti la aku cerita sekarang mahu layan chinta dulu



bye

suatu pagi yang hening...

seperti biasa gua sampai ofis pukul 730 pagi dan gua ade masa satu jam untuk berfoya-foya...disebabkan gua berpuasa hari ini maka tiadalah sesi bersentap dengan rakus. sedang gua asyik berFB dan beromen berkomen, tiba-tiba gua kene sound dari depan...naseb baik die sound pakai helmet kalau tak gua sound die balik...sekali gua pandang muka lecturer gua masa muda-mudi dulu yang datang sound gua
















die sound gua sebab gua guna perkataan 'spender' & 'bra' dalam komen link kawan gua




















gua lancang


































::: agak-agak kalau gua guna 'pakaian dalam' gua kena sound jugak tak?

org laen boleh apasal aku tak boleh???

aku rase macam best pulak beli barang tanpa pergi kedai sebab aku jarang keluar untuk shopping...yerla aku kan tinggal sorang...baru-baru ni jer aku amik hosmate...tu pun die balik aku dah tido, aku pergi kerja die baru bangun haaaa kan best macam tu haha sekadar buat ade orang jer kat rumah..aku pun bukannya rajin sangat nak berborak...

berbalik kepada tajuk entri 'org laen boleh apasal aku tak boleh?' ni aku rase teruja pula nak buat duit lebih...yerla harga barang makin meningkat...jadi, aku bercadang untuk jual barang-barang yang simple macam household dan barang yang orang guna setiap hari cth: ubat gigi

akan tetapi aku takde supplier untuk barang-barang macam tu...jual tudung? tak payahla sebab ofismate dah jual tudung seperti abah & mama [tolong promote ni dapat komisyen tak?] hehe...supplier yang aku ada hanyalah untuk barang penjimat minyak untuk kereta bercc besar [tidak berkesan untuk myvi, kelisa & bibah sebab memang dah jimat minyak], alat penjimat bil elektrik, dan juga tuala wanita herba avail beauty...

yang pad ni aku memang pakai dan berkesan untuk menghilangkan senggugut...tapi masa mula-mula pakai period akan jadi tak betul macam kau akan period 2 kali dalam sebulan...tapi lepas tu akan okay semula dan bila kau dah tak pakai kau tetap akan tak rase sakit senggugut tu, kau paham tak ni?

pad ni jugak tiada kesan sampingan...aku pernah nampak kakak avail buat test rendam pad jenama yang dah established kat pasaran dengan pad herba die dalam 2 buah balang berisi ikan yang masih hidup...hasilnya sangat mengagumkan bila ikan bersama pad jenama yang dah established kat pasaran itu mati manakala ikan bersama pad herba masih hidup dan berenang-renang dengan riangnya...pad ini juga ada sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia [nombor sijil aku tak tau]...sebenarnya aku belum pernah pergi pun talk die apatah lagi join MLM firaun ni tapi aku bagitau sebab pengalaman aku pakai pad ni...

apa salahnya berkongsi ilmu dengan kawan-kawan kan? aku tak paksa pun kau beli sebab aku pun tak jual..kalau kau takut nak cuba, kau pakai ajelah pad jenama yang dah established kat pasaran...

jadi, kesimpulannya aku nak berniaga apa ni? any ideas? sape nak jadik supplier aku???

::: nak jual sabun basuh baju produk muslim nanti ade yang kate kulit mengelupas
::: nak jual kasut takut nanti reject sebab jahit tak betul
::: nak jual satay takut nanti kate 'sedap lagi satay kajang'
::: nak jual baju takut nanti saiz tak padan sangkut kt ****
::: kalau sume nak takut tak payah la nak bisnes

sayemahuhidupgembira ::: agak-agak kalo modal 10hengget lepas tak?

29 September 2010

renung-renungkan

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;

"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
 
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
 
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

::: copy dari email

27 September 2010

grrrrrrr

geram giler tapi macam buat tak tahu jer sape ntah yang eksaited pastu cakap orang plak kesian??? hambik ko aku beli 3 shawl jamaica total 75 hengget ko ade??? ah ape aku ngarut nih? ok fine nak amik gambar shawl kamera aku tertinggal plak kat kampung selepas sesi fotografi bersama kotak

22 September 2010

tekanan cepatlah pergi

hari ini bertambah-tambah tekanan kat kepala aku ni...senak rasanya...kala ini aku seperti mahu pulang ke kampung berhari raya dan makan masakan mak...

kamu memberikan tekanan bila semuanya mahu cepat, semuanya urgent...diselang-selikan dengan panggilan telefon dari 2 pihak...pihak menara, pihak ibusawat...

pihak menara tak tahu apa knowledge dalam programming membuatkan aku pening mahu explain

pihak ibusawat mahu aku turun untuk melihat hasil report

aku juga tertekan bila mendengar perbualan orang baru kawen 2 bulan dah ade hasil padahal sebulan sekali die jumpa husband dia...oh rezeki...

kemudian tekanan dengan orang yang tak paham bahasa tak reti berdikari & pandai-pandai nak bagi arahan [kepala bapak ko la!]

aku malas mahu menaip lebih panjang kerana ibu jari kanan aku sudah sakit tak mampu untuk menekan 'space'

oh petai

malam tadi first time nak rase petai macam mana..tak pahit tapi sampai sekarang masih terasa dalam mulut ni bau petai agak-agak puasa aku batal tak?

21 September 2010

anuar zain + ellina = suasana hari raya

tetibe rase terpanggil untuk buat entri ni...oh agak skema..maafkan saye...saye cuba lagi..

tetibe aku rase nak wat entri pasal suasana hari raya di kedah & johor mengikut pandangan ulamak & pengalaman aku...

seperti biasa, sinonimnya hari raya adalah pelbagai juadah yang disediakan iaitu ketupat-rendang-kuah lodeh-sambal goreng-ayam masak merah, nasi-impit-satay-kuah kacang, kuih raye & macam-macam lagi juadahnyer...

mak aku pulak selalunya akan buat nasi impit/ketupat nasi mampat-lembut-lembik, daging masak kicap marvellous, ayam masak merah tip-top, kari ayam high colest, kuah lodeh londeh, rendang daging phewit tapi sekarang dah jarang mak buat rendang sebab tak cukup staff hehehe...masakan mak jugalah yang aku rindukan setiap hari...

akan tetapi raya kali ini mak aku tak masak pun semua menu yang aku listkan...mungkin sebab aku tak balik beraya kot hehe akan tetapi akan aku tuntut jika pulang ke kampung nanti...oh tak sabarnya!

bila aku beraya di kedah, menunya berbeza sekali...pagi raya makan ketupat palas yang masin eh bukan manis, gulai daging, serunding ikan bilis & kuih-muih...simple giler lauk diorang tapi mewah gak ngan kuih raye...mostly buat sendiri...fuhhh

lepas sembahyang raya layan tetamu yang datang....tiada sesi makan kali ke 2 huhu agak kecewa disitu kih3...pastu dalam kol 3 barulah aku + Incik Z pergi beraya rumah abg die kat Guar Chempedak...kat sane dapatla aku makan lontong...tapi kan, still tak same dengan mak aku buat...oh maafkan saye!

kami pernah ... [kau isi la sendiri] pasal murtabak...aku kate murtabak pontian yang diusahakan oleh pak bakar dan pak hamid adalah yang terbaik di dunia...tapi, Incik Z kate murtabak yang diusahakan oleh peniaga-peniaga di utara adalah yang terbaik sekali...inilah yang dikatakan citarasa berbeza...kalau kau suka kuah-kari-telur-kentang-banyak-daging-ciput yang dibungkus dalam tepung yang ditebar kemudian digoreng atas kuali leper, mesti kau kate sedap...tapi bagi aku yang sukakan perfection dalam sesuatu makanan, aku akan kate murtabak pontian yang diusahakan oleh pak bakar dan pak hamid adalah yang terbaik di dunia...

 ni la murtabak pak hamid...gambar ni aku amik tanpa pengetahuan pemilik blog munamuni...ala apedehal kte kan sedare ye dok?

ade lagi perbezaan suasana raya tapi nanti la update...daa

hik hik hik

sila rujuk entri ini: ops terlebih sudah!

saye suke sebab pagi tadi mesin penimbang telah menunjukkan angka yang agak membanggakan hanya dengan kenaikan 1kg menjadikan total weight loss adalah 5kg dan berat badan masih di dalam lingkungan ideal


hik hik hik <-- oh gediknya!

20 September 2010

diskriminasi terhadap hari isnin






19 September 2010

tahniah!

kepada diri sendiri sebab ade kepala blog yang baru...takde la macam harun sangat kan?

manusia prenormal

dulu aku pernah berkata begini:



kemudian bile dah dapat housemate...


oh tolonglah ikhlas...harap-harap dia setuju dengan syarat-syarat yang bakal aku kenekan:

1) mandi 3kali sehari
2) basuh baju setiap hari
3) tiada barang yang bersepah di mana-mana bahagian dalam rumah
4) lepas masak terus basuh peralatan yang digunakan & lap dapur
5) sapu rumah walaupun takde sampah atau habuk
6) dilarang menyimpan baki makanan

senang je kan? ok aku sangat particular sebab ini rumah aku sewa aku ketua haha gile pangkat...agak-agak die setuju tak? kena ada perjanjian bertulis berserta duti setem tak? kalau langgar syarat harus membayar 50rgt setiap satu kesalahan ok tak?

Raye 2010

muke tak iklas hahaha

tengok mesin padi

burok giler muke macam ikan siakap

bdk2 kejar mesin padi sbb nak tgkp ikan

jutawan irfan

sejuk mata memandang

bdk nakal

ehem ehem

anak abah

betul-betul suasana raya

verangan!



ops terlebih sudah!

ok sekarang aku dah tak boleh nak berlagak dengan penurunan berat badan sebanyak 6kg masa bulan puasa yang lepas sebab dengan kehadiran bulan Syawal nafsu makan terkinja-kinja macam nak terkencing pulak...tak rase lapar pon boleh melantak lagi ala apedehal kate raye

18 September 2010

mmg true!

masuk gadis melayu boleh salam tanpa lapik dengan org lelaki bukan muhrim mmg true

bilik sewa?

huhu disini aku nak iklankan bilik/rumah utk disewa...ah sukati aku la ni kan blog aku..ok detail spt dibawah:


Pangsapuri Cendana, Jln Metafasa U16/3, Tmn Bkt Subang, Seksyen U16, Shah Alam

konsep kongsi rumah, bukan sewa mengikut bilik

1) wanita muslim, kemas & pembersih
2) apartment 3 bilik
3) ada kabinet dapur + mesin basuh
4) security guard
5) 20 min ke shah alam, 15min ke kota damansara
6) deposit 2bln + sewa + api air = (220*2)+ (220) + (100) = 760

maklumat lanjut sila hubungi(call sahaja): 0196673186
atau email: virgurl_3186@yahoo.com

Terima Kasih

 
bersih tak rumah mak???
 
waaaahhhhh meriah dengan makanan gitew mane la mak ni tak gajah noks!

 
lampu tido verangan gaya eropah gitew

haaaa ni la bilik utk anak ikan...vaaaassss gitew ahaks!

u'ollsss akak nih tengah dintissss bangat malam2 pun takot tido sorg2 kalo ade teman boleh la akak buat bantal peluk...haaaa harem ke tidak???



ZXMS :: semua dialog diatas adalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia...errr tapi iklan ni betul-betul bukan cobaan...





09 September 2010

alhamdulillah..

salam...


alhamdulillah hari ini genap sebulan sudah kita semua umat Islam berpuasa di bulam Ramadhan...dan selama beberapa jam lagi kita akan menyambut ketibaan Syawal 1431H...sedih rasanya meninggalkan bulan puasa...tapi  ini bukanlah bermakna aku tak sudi untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri

pada tahun ini aku akan menyambut raya di kampung Incik Z...harap-harap semuanya berjalan lancar dan tak kecundang di pagi hari sob3...

ok tak mahu membuang masa, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Incik Z, mak ayah, kakak, adik-adik, kawan-kawan, ipar-ipar & semua umat Islam di seluruh dunia...semoga dengan ketibaan Syawal lagi beberapa jam ini memberikan seribu erti & keberkatan...

ampun & maaf dipinta andai terkasar bahasa, terlanjur kata, terburuk perlakuan, teremo tak tentu pasal, tercirit, terkentut dan banyak ter lagi lah harap-harap dimaafkan...sesungguhnya aku ini manusia tak lari dari kesilapan.....

ok lah bagi yang memandu, berhati-hatilah dijalanraya...

bye!


06 September 2010

ceh!

sebelum ni kemain lagi tak bagi makan KFC tapi semenjak ade sindrom malas makan nasik siap bagitahu 'KFC kan ade set nasik'

saje je nak pancing kan? papepun i lap u lah!

hik3 [gedik mode]

berjaya turunkan 6kg

kuih dah dpt

xsbr nak balik raye

05 September 2010

3 in 1 [macam nescafe]

salam...

lama sungguh tak update blog...errrr ade nampak labah-labah tak? ok sebenarnya takde ape yang menarik cuma nak kongsi cerita sepanjang aku tak update blog...

pertama kali sambut puasa, sahur, buka sebagai status isteri & secara perseorangan & berjemaah

pertama kali sambut besday + hari merdeka dengan suami disisi...takde ape yang special sebab masing-masing penat baru balik kampung

pertama kali raya bersama suami...oh! sambil dengar lagu raya...raya kali ini sungguh berbeza kerana sambut di kampung suami...oh! suasana haruslah berbeza disebabkan berbeza negeri...lain negeri lain caranya...tiada nasi impit/ketupat nasi-kuah kacang-ayam masak merah-daging kicap-rendang daging-sayur lodeh kesukaan aku...yang ada ketupat palas-serunding ikan-kuih raye-dodol-ape ntah lagi...oh! aku harap kepulangan aku masa raya haji nanti disambut dengan semua makanan itu...

maafkan saye kerana masih belum dapat menerima suasana yang lain...oh! tunggulah update [kalau ada] dipagi raya...