07 January 2011

ceramah jumaat : solat menghadap kaabah sebagai kiblat

Assalamualaikum adik-adik,

Hari ini ustazah nak ceramah pasal solat menghadap kaabah sebagai kiblat. Kenapa dalam solat kita diwajibkan menghadap kiblat dan tidak sah tanpanya? Ini adalah kerana telah diperintahkan oleh Allah SWT. Cuba adik-adik bayangkan jika kita solat tanpa ditetapkan arah kiblat bukan ke bersimpang-siur namenyer tu?

Ok sebenarnya ustazah nak bagitahu cara solat dalam kenderaan bergerak seperti keretapi, kapal terbang, kapal selam dan sebagainya. Nak solat dalam kereta pun boleh tapi kalau dah namenyer naik kereta dah sah-sah la boleh berhenti kat rnr atau surau. Banyak kemudahan yang ada. Ok berbalik kepada cara solat dalam keretapi atau kapal terbang atau kapal selam.

1. Keretapi
- Angkat takbir menghadap kiblat semasa keretapi sedang berhenti. Kalau tak pasti mana arah kiblat, tanya petugas kabin. Jika keretapi sudah mula bergerak dan belum habis solat tak perlu terpusing-pusing ikut pergerakan keretapi. Stay where you are. Cewah ustazah speaking london pulak. Biasanya kalau naik keretapi untuk perjalanan jauh contohnya dari kluang ke hadyai, mesti akan berhenti di stesen-stesen untuk menurunkan penumpang. Jadi, masa ni la nak angkat takbir.

2. Kapal terbang
- Seperti sedia maklum, kapal terbang takkan berhenti kat atas. Kalau berhenti jugak mengucap lah banyak-banyak. Caranya sama sahaja angkat takbir menghadap kiblat. Adik-adik tahu tak macam mana nak tahu arah kiblat kalau pakai kompas? Arah kiblat adalah Barat (West). Jadi, kapal terbang takkan beralih arah dalam sekelip mata. Kejap-kejap kanan kejap-kejap kiri kejap-kejap ke belakang kejap-kejap buat demo. Jadi, tanya la stewardess mana arah West dan trus angkat takbir. Pastu lantak pi la kapal terbang tu nk tunggang terbalik ke ape ke kan.

3. Kapal selam
- Pun sama jugak angkat takbir wajib menghadap kiblat. Ah same jer caranya tengok kompas.

Sekian ceramah ustazah pagi ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Ciao!

1 kanak-kanak berdangdut:

haLyZaQiut said...

bgus2....gud info ustazah....=)